TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, June 22, 2010

Adik kata - Along nak kawen dengan budak perempuan tuuu... cium2... letak tuttt kat tuttt - Ehhhh ?????

Ya ALLAH! Memang mengucap panjang bila saya mendengar adik menutur perkataan dalam tajuk entri di atas. Tuttt di sini membawa maksud yang depan di letakkan dibelakang. Faham-faham sendirilah erkkk. Sebenarnya ini bukan kali pertama adik menutur perkataan demikian. Setahun lepas... hal ini pernah berlaku. Siap dengan aksi sekali. Memang saya termenung panjang masa tuuu. Mana pula adik dapat ilmu ni? Dia baru 5 tahun?

Adik ditempatkan di dua buah rumah sahaja. Rumah saya dan rumah pengasuh. Saya masih menjaga tatasusila dan adab-adab itu.... jadi mana mungkin dari saya? Saya pernah berbincang dengan pengasuh adik... tapi dia juga menafikan. Masalah ini berulang semula tahun niii. Masa adik tinggal di Taska... takde pun perkara ni berlaku. Jadi... apakah kesimpulan yang boleh saya buat?

Hanya pengasuh adik yang mampu melayan perangai adik. Dari selepas pantang... dialah menjaganya. Anak pengasuh... semua anak dara kecuali yang terakhir anak lelaki yang baru tahun empat. Saya rasa... orang lain tak mampu menjaga adik. Masa di Taska pun... adik dikurung dalam bilik kerana mereka tak sanggup melayan perangainya.

 anak soleh... semoga adik tak terdedah pada anasir-anasir yang jahat...

Yang jadi masalahnya... adik mempunyai ingatan yang sangat kuat. Bagaimana saya mampu membuatkan adik lupa apa yang dilihat/ diketahuinya? Perlukah saya bawa adik berubat ataupun berdoa dan berharap bahawa doa ibu itu lebih afdal? Dugaan yang diberi... tidak berlaku atas diri sendiri tetapi diperlihatkan pada anak dan memerlukan diri mencari cara mengatasi. Walaupun sedikit malu... saya rasa perlu untuk meminta pandangan dari orang lain. Mungkin ada jalan penyelesaiannya...