TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, June 23, 2010

Anak hilang duit - Report kat polis ada kecurian di sekolah - Encik... hilang dengan kecurian tuuu tak sama...

Buka semula persekolahan dipenuhi dengan bebelan oleh Penolong Kanan HEM yang pening dengan kelakuan seorang bapa murid pada cuti sekolah lalu. Bapa niii... yang dalam kategori bijak pandai niii telah membuat report di Balai Polis akan kehilangan duit saku anaknya di sekolah. Yang menjadi masalahnya... murid ini tidak pernah sama sekali mengadu pada guru-guru di sekolah akan masalahnya. Terkulat-kulatlah Penolong Kanan HEM apabila tiba-tiba sahaja pegawai perhubungan polis sekolah datang menerjah meminta laporan.

 sekadar gambar hiasan
(sumber; google)

Setelah disiasat dengan lebih lanjut.... rupa-rupanya duit murid tersebut hanya hilang dari simpanannya. Hilang dalam erti kata tercicir atau pemiliknya yang leka dalam menjaganya. Siap dengan laporan yang sekolah ni selalu berlaku kecurian. Banyak penyangak lah tuuu. Sampai barang-barang cikgu pernah hilang pun masuk sekali dalam report. Seperti dia yang lebih mengetahui segala hal yang berlaku di sekolah.

Perhatian buat ibubapa di luar sana... sekolah mempunyai peraturan dalam menetapkan jumlah wang belanja yang boleh dibawa oleh murid. Jumlah maksimum yang selalu ditetapkan adalah sebanyak RM5. Jika lebih (hendak bayar yuran contohnya), wang berkenaan hendaklah segera diserahkan kepada guru yang berkenaan pada kadar segera sebelum waktu rehat (separuh hari persekolahan). Jika tidak... sebarang kes adalah tanggungan ibubapa itu sendiri dengan erti kata lain pihak ibubapa telah melanggar peraturan sekolah. Pihak kantin dan kedai buku pula telah dimaklumkan untuk melaporkan sebarang kes melibatkan murid membawa wang lebih dari sepatutnya.

Ibubapa perlu tahu yang anak-anak ni suka mereka cerita untuk melindungi dirinya. Siasatlah betul-betul dahulu. Buat laporan pada pihak sekolah dulu. Bukan main report jer kat polis. Pernah jadi satu kes dimana anaknya mendakwa yang dirinya kena buli apabila ditanya oleh ayahnya bila melihat baju sekolahnya telah koyak. Punyalah mengamuk bapa tu menyerang pihak sekolah sedangkan bila disiasat... rupa-rupanya anaknya bermain tarik baju dengan kawannya. Nak lindung diri dari dimarahi bapanya... pihak sekolah yang susah bila terpaksa memanggil murid sana sini untuk mengetahui kejadian yang sebenar.

Anak-anak sekarang tak seperti anak-anak dulu. Mereka lebih terdedah dengan pelbagai pengetahuan yang boleh mereka jadikan sebagai alasan dalam melindungi diri mereka. Janganlah terlalu yakin dengan cerita anak dan menyerang pihak lain membabi buta. Untung pihak lain ajak selesai cara baik. Kalau kena dakwa semula... kan dah menyusahkan diri sendiri. Kadangkala... terfikir juga... ibubapa sebegini perlu diajar dengan mendakwa mereka semula. Ialah... kadangkala dah dua tiga kali kes terjadi tapi masih tak ambil ikhtibar dan merenung sikap anak sendiri tapi lebih suka meletakkan kesalahan pada orang lain. Itu bukan cara sayangkan anak...