TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, June 23, 2010

Masih terpengaruh dengan gaya dietkah?

Mungkin ada yang tahu saya berdiet sebelum ini. Diet gila? Mungkin juga, kerana saya bersungguh-sungguh lebih daripada biasa. Semangat yang lahir apabila rakan sekerja sama-sama turut serta. Untuk apa berdiet... jaga body? jaga kesihatan? nakkan zuriat? Mungkin ketiga-tiganya. Berat badan yang berlebihan menyebabkan kesihatan tidak berapa memberangsangkan. Penyakit mula menjengah dan sebelum berlanjutan saya cuba cari jalan penyelesaian. Yang paling penting... sudah lama saya ingin menambah bilangan keluarga tanpa merancang apa-apa tapi belum rezeki. Akhirnya... adakah mungkin sudah sampai rezeki saya untuk berbadan dua atau mungkin hasil daripada diet yang diamalkan saya subur semula.

 sekadar gambar hiasan
(sumber google)

Saya tiada selera makan. Tengok itu tak kena... tengok ini tak kena. Adakah kerana gaya diet yang saya amalkan? Memang masa saya mengamalkan jus tersebut saya hilang selera makan. Saya makan bila perlu dan tidak lagi hairan pada nikmat yang ada pada makanan tersebut. Masalahnya kini saya berbadan dua. Ketiadaan selera makan menyebabkan saya tiada tenaga... letih... lesu... dan tak bermaya.Nak paksa diri untuk memasak pun susah. Saya mula alah dengan bau minyak yang tengah dipanaskan. Masalahnya... anak-anak tetap mahu makan. Takkan hari-hari makan luar? Ikutkan hati... nak jer kacau jiran depan rumah niii.. upah dia masak tapi masih wujud perasaan malu. Takkan tak malu weyhhh...

Menurut kajian... ibu yang alah teruk ketika mengandung menunjukkan bahawa anak yang dikandungnya itu seorang anak yang bijak. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya tapi dengar kata dah dapat hasil kajiannya. Jadi... pada ibu-ibu yang mengandung termasuk saya... sabar jelah... sesuatu dugaan itu tentu ada hikmahnya kan? Saya juga terpaksa berbohong untuk rekod kesihatan saya... tak lalu nak ngadap muka doktor tiap-tiap minggu tapi saya masih pastikan yang saya mengikut arahan yang ditetapkan. Bila terikat dengan kerjaya dan melayan karenah manusia... harap2nya semua selamat...