TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, June 23, 2010

Hitam... pekat... berkilat... likat - Akhirnya saya dapat!

Alhamdulillah... terima kasih banyak-banyak pada kamu yang menunaikan hajatku. Dah lama teringin benda alah niii... dua tahun lepas lagi. Kalau mengandung anak pun dah besar. La ni baru dapat rasa... hitam... pekat berkilat... likat. Jom lihat apa yang saya dapat...

Ooo... cuba teka apakah? Kalau betul... meh rasa sesama...

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



Ada sesiapa yang teka kuah rojak? Sila percaya... kuah rojak yang saya inginkan. Yang ni spesel kerana dibuat atas citarasa saya. Taknak pedas! Itu sebab saya tak beli kuah rojak di pasaran. Kebanyakkan yang saya jumpa pedas-pedas belaka. Walaupun siap tanya pedas ke tak... kalau dah pedas tu jawablah yer... boleh jawab tak pedas pula. Huhuhu...

Ermmm... sedapnyer. Rasanya punyalah nikmat. Cicah dengan sudu jer. Hehehe... Esok bolehlah saya cari buah-buahan yang bersesuaian. Dalam peti ais ada buah tembikai dengan pelam yang sudah masak. Boleh cicah dengan buah tembikai ke? Terima kasih buat jiran anak lima depan rumah. Susah payah dia memecah keringat supaya hajat mak buyung ini tertunai jua. Ermmm... kenapa setiap kali mengandung sukakan makanan yang berwarna hitam yer?