Terjumpa sebuah cerita di jinggo-ecokid.blogspot yang sungguh menarik perhatian saya. Melalui pemerhatian... apa yang berlaku di sekeliling kita... kita boleh jadikan panduan untuk sesuatu yang hampir dengan kehidupan kita. Jangan jadi monyet...
Satu permerhatian dibuat keatas empat ekor monyet yang diletakkan dalam satu sangkar. Sebiji buah pisang digantung ditengah2 sangkar tersebut. Melihat pisang tersebut, semua monyet datang untuk mengambil pisang tersebut. Namun... setiap kali monyet tersebut mahu menghampiri pisang... si pemerhati akan memancutkan air dengan deras kearah monyet tersebut. Hal ini berterusan hingga semua monyet itu tahu akan bahaya untuk mendapatkan pisang tersebut. Seekor monyet di keluarkan dan dimasukkan monyet baru... ia melihat ada pisang tergantung... monyet baru cuba menghampiri..DAN MONYET LAIN AKAN BERTERIAK...bahaya.
Akhirnya... seekor demi seekor monyet dikeluarkan dan dimasukkan yang baru yang jumlahnya empat ekor. Bila air sudah tidak disemburkan... monyet-monyet itu tetap tidak berani menghampiri pisang tersebut.
PENGAJARAN PADA KITA...
Memang ramai di antara kita yang kadangkala tidak tahu mengapa sesuatu itu di lakukan dan mengapa ia dilarang? Dalam konteks mendidik khususnya.. kita selalu berkata jangan itu dan jangan ini tanpa menjelaskan sebabnya dengan alasan kalau dijelaskan pun belum tentu ia dimengerti. Walaupun ada anak-anak yang mengikut kata tanpa penjelasan tapi naluri ingin tahu mereka begitu kuat sekali. Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk mengetahui tantang perkara itu dengan cara mereka sendiri. Lebih mengharukan jika mereka memperolehi jawapan yang lari dengan hakikat sebenar dan mengundang kepada perkara negatif.