TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, July 14, 2010

Bersikap adil kepada anak-anak - Kenapa perlu pilih kasih?

Bukan senang bersikap adil? Benarkah? Apalagi dalam usaha bersikap adil kepada anak-anak. Sebaik mana usaha kita.. kadangkala tetap ada pincangnya di mata anak. Ada sahaja yang tak kena... ada sahaja prasangka yang merasakan kita melebihkan anak yang itu berbanding yang ini. Jesteru... sebagai orang tua kita mengeluh. Perkembangan yang tidak sihat ini boleh menyebabkan kepincangan pergaulan sesama mereka (anak-anak). Yang paling menakutkan... akan timbulnya konflik jiwa dalam diri anak-anak tadi yang mereka sendiri tidak tahu cara mengatasinya.

Para ahli psikiologi dalam ilmu kejiwaan bersependapat mengatakan faktor terbesar yang membangkitkan perasaan irihati dalam jiwa anak-anak adalah tingkahlaku ibubapa itu sendiri yang lebih dikenali sebagai pilih kasih. Apalagi dalam membandingkan anak yang mana lebih baik dengan anak yang mana sering menimbulkan masalah. Sebagai ibubapa, tidak patut adanya perbandingan antara anak-anak kerana mereka terbentuk melalui hasil didikan kita sendiri. Perbandingan yang kadangkala kita rasa sebagai satu semangat yang hendak diberikan kepada anak yang lebih lemah sebenarnya meruntuhkan jiwa mereka. Kebimbangan yang wujud dalam jiwa anak-anak menjadi mereka sukar untuk menerima sebab musabab tingkahlaku kita sebaliknya akan merasakan diri kita sudah tidak menyayangi mereka lagi.

Jauhkanlah diri kita hendaknya dari sifat tidak adil pada anak-anak. Kadangkala... saya sendiri tidak faham mengapa ada ibubapa yang sanggup membezakan anak-anak termasuk membuat perbandingan dari segi warna kulit. Anak yang berkulit putih selalunya akan lebih disayangi dan dihargai berbanding anak yang berkulit gelap. Itu belum termasuk dari segi perkembangan akademik. Tidakkah ibubapa ini sedar yang anak itu adalah hasil gen daripada mereka sendiri dan segala-gala terbentuk dari tingkahlaku kita (ibubapa) juga? Kadangkala... anak yang dirasakan menyusahkan pada hari inilah yang akan lebih bertanggungjawab pada diri kita suatu hari nanti berbanding anak yang pernah kita agung-agungkan suatu ketika dulu.

kedua-dua anak soleh ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri...
semua itu menjadikan sebuah keluarga itu saling melengkapi...
dalam setandan pisang... belum tentu semuanya elok..