TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, December 14, 2010

Agenda Ben 10 yang tersembunyi

Kartun ni memang famous. Bukan setakat cerita tapi setiap keluaran barangannya menjadi rebutan anak-anak masa kini. Kena-kena pula anak-anak yang sukakan cerita aksi... semuanya nakkan barangan Ben 10. Dari baju, bekas pensel, buku nota, jam dan lain-lain.

Secara tak langsung menonton cerita kartun Ben 10 ni sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang sesuatu. Tak tahulah samaada anak-anak terpengaruh dengan agenda tersembunyi cerita ini atau tidak atau ianya semua hanya andaian dari pihak saya. Kalau dikaji apa yang tersirat... cerita Ben 10 ini sedikit sebanyak mengandungi kisah di mana syaitan enggan mengakui manusia sebagai ciptaan terbaik Allah s.w.t. Itu apa yang dapat saya perhatikan.

Kalau anak-anak hanya melihat aksinya sahaja... itu takda masalah. Yang membimbangkan jika akidah mereka terpengaruh. Kalau nak diikutkan.. filem barat memang selalu mengandungi sesuatu yang tersirat. Samaada kita menyedarinya atau tidak.

Menyekat perkembangan siaran sebegini memang sukar pada zaman sekarang. Seperti biasa... yang utama adalah pemantauan dari pihak ibubapa. 

Nak pastikan kebenaran? Cuba luangkan masa seketika menonton cerita kartun ini..

gambar: google