TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Kalau tak ramah - Tang jelingan yang tak tahan tuu

Saya dan suami sepakat untuk bertukar ke beras Herba Ponni. Maklumlah.. dua-duanya pengidap diabetes walaupun saya masih boleh kontrol diet. Cuma kandungan gula suami yang agak tinggi. Bila dua-duanya ada diabetes.. tentunya tiga panglima ni berisiko sama. Langkah awal.. tukarlah beras.

Thursday, November 4, 2010

Terlebih kandungan gula dalam darah ketika mengandung boleh menyebabkan uri bakal hancur?

Agak terkejut juga bila saya mendapat info ni. Dah puas saya google... malangnya tak semua jawapan google sediakan. Saya dimaklumkan oleh bidan yang mengurut saya tempohari. Kawal gula dalam darah dengan baik kerana gula yang berlebihan boleh menyebabkan uri anak menjadi hancur.

Friday, August 6, 2010

Memperkenalkan GLUCOMETER - Alat untuk mengetahui bacaan gula dalam darah anda!

Ini Glucometer atau dikenali juga sebagai glucose meter


Bagi penghidap diabetes, adalah lebih baik jika kamu memiliki alat ini di  rumah. 
Ini memudahkan kamu untuk memantau kandungan gula dalam darah kamu. 
Yang paling murah saya pernah jumpa berharga RM88. 
Ada dijual di farmasi-farmasi yang berhampiran.

Saturday, July 31, 2010

Diabetes - Tips mengelakkan anak anda untuk turut berisiko

Mengidap diabetes semasa mengandung memberi lebih risiko kepada anak yang dikandung untuk lahir sebagai anak diabetes. Perangkaan kanak-kanak yang meghidap diabetes semakin hari semakin membimbangkan. Sebagai ibu yang menyayangi anak-anaknya... tentu tidak ingin perkara buruk menimpa anaknya. Ketahui tips untuk mengelakkan si kecil menghidapi diabetes sejak usia mudanya.

Tuesday, May 4, 2010

Berisi tapi kurus

Tak layak untuk kurus tu lagi sebenarnya tapi yang pasti berat badab turun 2 kg lagi. Kalau dulu... bila berat badan turun lagi... hati akan berbunga gembira. Kali ni susah hati pula. Badan tengah 'berisi'... sepatutnya tak boleh turun. Kalau jumpa doktor mahu kena bebel. Hari ni MC. Dapat MC semalam dan hari ni kerana alah yang teruk. Dah lama tak pregnant... macam mengandung anak sulung semula.