TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, August 6, 2010

Memperkenalkan GLUCOMETER - Alat untuk mengetahui bacaan gula dalam darah anda!

Ini Glucometer atau dikenali juga sebagai glucose meter


Bagi penghidap diabetes, adalah lebih baik jika kamu memiliki alat ini di  rumah. 
Ini memudahkan kamu untuk memantau kandungan gula dalam darah kamu. 
Yang paling murah saya pernah jumpa berharga RM88. 
Ada dijual di farmasi-farmasi yang berhampiran.


Ini bukan pen mata bulat apalagi pen dakwat basah. 
Pen ini mengandungi jarum yang akan menusuk ke jari kamu bagi mengeluarkan setitis darah sebelum pemeriksaan selanjutnya dijalankan. 
Jarumnya kamu boleh dapati secara berasingan dan kamu perlu pastikan yang ianya secocok dengan pen yang kamu gunakan.


Ini pula adalah strip. 
Kamu akan titiskan darah kamu pada strip ini sebelum memperolehi bacaan gula dalam darah kamu. 
Strip ini juga dijual berasingan dan ia juga perlu sesuai dengan alat glucometer kamu. 
Setiap alat glucometer berkemungkinan memerlukan strip yang berlainan.


Strip perlu dimasukkan ke dalam alat glocometer terlebih dahulu. 
Pastikan alat glucometer berada dalam keadaan sedia sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan.


Letakkan pen tadi pada jari kamu dan tekan untuk memperolehi setitis darah di hujung jari. 
Kalau di rumah... selalunya, bacaan 2 pada pen digunakan. Kalau di hospital kerajaan... pemeriksa lebih senang menggunakan bacaan 3 atau lebih. 
Bezanya... tentulah rasa sakitnya... 
OucHhhh!


Letakkan titisan darah tadi pada tempat khas yang ada pada strip. 
Tunggu seketika untuk dapatan hasil.


Bacaan gula dalam darah saya. 
8.1mmol. 
Bacaan tidak boleh pakai kerana saya baru lepas minum susu. Untuk mendapatkan bacaan yang baik, kamu perlu pastikan perut kamu kosong selama 3 jam sebelum bacaan diambil.

Untuk ibu mengandung, bacaan normal adalah kurang daripada 6mmol. 
Sekiranya lebih... kamu akan dinasihatkan untuk mengambil suntikan insulin. 
Bagi orang biasa... bacaan normal kamu adalah tidak lebih daripada 4mmol. 
Sekiranya lebih, kamu akan dinasihatkan untuk control diet dan jika tinggi, kamu akan disyorkan untuk ambil ubat kencing manis. 
Adalah lebih baik jika kamu mengamalkan petua tradisi seperti minum air teh misai kucing atau jus peria katak. 
Peria katak juga sesuai dibuat ulam.

Kamu boleh lakukan pemeriksaan di farmasi dengan caj RM4 sekali pemeriksaan. 
Jika di klinik swasta... caj yang dikenakan dalam lingkungan RM5 hingga RM8. 
Jika lebih... sila angkat kamu dari klinik yang akan mencekik darah kamu.
Cegah diabetes sebelum melarat. 

Kurangkan manis dalam minuman... tambahkan manis dalam senyuman.