TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, May 4, 2010

Berisi tapi kurus

Tak layak untuk kurus tu lagi sebenarnya tapi yang pasti berat badab turun 2 kg lagi. Kalau dulu... bila berat badan turun lagi... hati akan berbunga gembira. Kali ni susah hati pula. Badan tengah 'berisi'... sepatutnya tak boleh turun. Kalau jumpa doktor mahu kena bebel. Hari ni MC. Dapat MC semalam dan hari ni kerana alah yang teruk. Dah lama tak pregnant... macam mengandung anak sulung semula.

Yang alah ni suka wat hal waktu ditengah-tengah. Tengahari dan tengah malam. Yang tengah malam tu lah yang seksa sebab sampai takleh tidur. Bila takleh tidur badan pun takde tenaga. Apalagi kalau muntah.. lagilah tenaga hilang. Selera makan okey jer.. cuma masih terpengaruh dengan gaya pemakanan masa diet dulu.

Ingat nak pergi buat kad merah. Rasa macam awal sangat pulak dah. Kalau tak wat kang susah juga... sebab sejarah mengandung dulu-dulu memang masalah. Perkara yang paling tak sanggup ialah nak menelan air glukosa bila nak check diabetes dalam badan. Harap-harapnya takdelah diabetes tu. Tak sanggup rasanya nak jadi penagih suntik insulin kat perut sendiri.