TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, May 4, 2010

Keluar darah! - Janganlah berlanjutan... aminnn

Kejadian yang mencemaskan berlaku. Tadi pergi kedai mak untuk makan tengahari. Rasa tak selesa jer. Bila check.. rupa-rupanya ada setompok darah kelihatan. Nak panggil apa yer.. nak kata turun darah hanya setompok. Keluar darahlah kot. Walaupun pernah mengalami kejadian begini masa mengandung dua hero yang ada ni.. tapi masih rasa cemas. Memang di awal mengandung jadi macam tu.. tapi takde apa-apa. Harapnya kali ni pun begitu juga.

Saya mengambil keputusan untuk pergi ke klinik ibu mengandung yang berhampiran. Nurse kata kena tunggu dan lihat. Kalau turun lagi tak berhenti.. terus pergi hospital. Saya rasa tak puas hati. Saya pergi ke klinik swasta pula... doktor scan. Nampak sarung janin. Kedudukannya tak berada di tempat yang betul. Doktor bagi ubat kuatkan rahim sebagai jalan alternatif. Lepas tu kena bebel. Doktor bagi cuti suruh rehat. Bukan buat kerja-kerja rumah. Ehhh.. doktor.. saya memang rehat sungguh. Tadi jer... saya menyapu sikit-sikit sebab tak tahan tengok habuk. Takkan itu puncanya.

dah guna satu.. guna lapan jam sebiji... untuk kuatkan rahim

nama ubat ni utrogestan.. doktor kata takde effect apa-apa sebab ia hanya kuatkan rahim jer

Esok nak pergi klinik kerajaan yang lagi satu. Klinik yang pergi tadi takde doktor. Nampak gayanya MC lagi. Sian anak murid... maaf yer.. cikgu berhutang pada kamu. Kawan-kawan sekerja pun tentu ada yang rasa tak selesa kan. Maaf yer kawan-kawan kerana terpaksa mengantikan kelas saya. Kalau saya ada peluang.. akan saya balas jasa baik cikgu-cikgu semua. 

* Sedih kerana ada juga yang tak mahu memahami.. :(