Entri ni ditulis kerana tertarik dengan isi kandungan entri abang Eq kita yang seiras Norman Hakim tu. Hehehe... sesuka jer nak panggil dia abang kan.. abaikan jer yer dik.. Nak tahu isi kandungan entrinya... bolehlah klik SINI.
Hari tu saya ada terdengar dalam radio.. perihal dua anak yang bercerita tentang ibu masing-masing. Kata mereka... ibu mereka belajar tak tinggi tapi ibu yang anak seorang ni cukup pandai jaga akaun keluarga dan ibu yang lagi satu berjaya dengan dunia insuransnyer. Kalau tak salah... anak-anak ni kata... ibu mereka belajar hingga darjah 4 sahaja.
Tak belajar tinggi-tinggi sampai ke universiti bukan maknanya tak pandai. Mungkin tiada rezeki. Macam ibu-ibu tadi.. mungkin kehidupan mereka dulu-dulu susah. Nak habiskan sekolah rendah pun tak sampai. Atau mungkin juga masa tu pendidikan untuk orang perempuan tak dijadikan perkara utama. Orang dulu-dulu kan selalu kata... anak perempuan belajar tinggi-tinggi buat apa? Akhirnya ke ceruk dapur juga.
Pengalaman saya... alhamdulillah saya memperolehi result SPM yang bagus. Tapi rezeki takde... satu tawaran U mahupun Politeknik pun saya tak terima walaupun semuanya saya minta. Memang sedih sangat masa tu... sampai gaduh-gaduh dengan abah. Yang terkilan... kawan yang dapat pangkat 3 dapat masuk U guna kabel tapi belajar sekerat jalan sebab masalah disiplin. Macam tutup rezeki orang lain pula walaupun itu mungkin rezeki dia.
Jadi... kepada adik-adik yang dapat tawaran tu.. terimalah... jangan memilih. Walaupun kita rasa macam berat atau tak suka, buatlah bersungguh-sungguh. Jangan campak rezeki yang diberi kerana masih ada yang lebih layak tapi tak menjadi rezekinya. Kita tak tahu apa yang bakal kita tempuh selagi tidak melalui jalan tersebut. Yang penting... hati perlu cekal, tabah dan bertawakal padaNYA.
PJJ saya di universiti ini... tapi kini tinggal kenangan