Anak ayah! Sejibik rupa ayahnya.. orang kata kalau anak perempuan ikut muka ayah.. sejuk. Yang mana sejuk tu kurang pastilah pula. Mungkin dari segi perangai kot. Takde mengamuk-ngamuk selalu agaknya. Alisya akan menginjak usia 1 tahun pada 22 Jun nanti dan ayahnya mula pening memikirkan hadiah yang terbaik untuk anaknya. Ialah.. nak beli hadiah tu biarlah sesuatu yang boleh memberi manfaatkan? Sebelum tu.. saya nak tag 3 orang blogger ni untuk join contest ni. Join.. jangan tak join...
Mereka yang terpilih ialah:
Seorang bapa, seorang ibu dan seorang anak dara. Mungkin ada idea yang berbeza dari mereka. Yang lain.. jemput join sama. Hadiah-hadiah yang ditawarkan menarik hati. Yang penting... kita sama-sama membantu En. Eyriqazz kita dalam membuat pilihan terbaik untuk anak kesayangannya.
Ini hadiah yang saya fikirkan sesuai untuk Alisya. Susah nak cari gambar ni. Gambar ni pun okeylah juga kerana menepati ciri-ciri kebaikan yang saya inginkan untuk Alisya.
Saya panggil basikal tolak-tolak. Boleh jer.. sebab bila describe kat kedai mainan tu.. dia tahu jer..
sumber gambar: google
Kenapa hadiah ni yang saya rasakan sesuai untuk Alisya?
1. Alisya bakal berusia setahun. Anak-anak yang bakal menginjak usia setahun memerlukan bantuan dalam menguatkan bahagian-bahagian psikiomotor tubuh. Permainan ini membantu Alisya menguatkan otot kaki dan mempelajari aspek pengimbangan diri.
2. Mainan ini dapat mengeratkan hubungan Alisya dengan ibu ayahnya kerana ibu bapa Alisya boleh membawa Alisya bersiar-siar di taman bersama mainan ini. Alisya tentu gembira untuk berkongsi masa dengan keluarga tercinta. En. Eyriqazz boleh menolak Alisya dengan adanya pemegang sambil Alisya meletakkan kakinya di paddle. Paddle mainan ini boleh dilipat sekira ayahnya mahukan Alisya mengunakan kakinya untuk menolak mainan tersebut.
3. Apabila Alisya semakin menguasai permainan ini... En. Eyriqazz bolehlah mencabut pemegang yang sedia ada dan membiarkan Alisya berdikari. Ini mampu mewujudkan keyakinan dalam diri Alisya.
Oh ya.. sebelum lupa.. entri ini yang saya suka.
$_____$
Saya dah vote juga.