TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, July 31, 2010

Diabetes - Tips mengelakkan anak anda untuk turut berisiko

Mengidap diabetes semasa mengandung memberi lebih risiko kepada anak yang dikandung untuk lahir sebagai anak diabetes. Perangkaan kanak-kanak yang meghidap diabetes semakin hari semakin membimbangkan. Sebagai ibu yang menyayangi anak-anaknya... tentu tidak ingin perkara buruk menimpa anaknya. Ketahui tips untuk mengelakkan si kecil menghidapi diabetes sejak usia mudanya.

 sekadar gambar hiasan
sumber gambar: http://us.health.detik.com/read/2009/07/16/181637/1166543/764/anak-buncit-calon-kena-diabetes

* Perhatikan jumlah makanan yang diambil setiap hari. Tentukan kalorinya. Jika perlu, sekat jumlah kalori yang keterlaluan.

* Pastikan berat badan yang dimiliki sesuai dengan ketinggian. Anak obesiti lebih berisiko menghidapi diabetes.

* Teliti jumlah makanan yang dimakan. Pastikan ianya kurang lemak, rendah kabohidrat, kurang gula dan garam serta bebas minuman berkarbonat. Lebihkan serat, protein dan beberapa makanan sihat lain yang boleh menyerap lemak selain mengekalkan kesihatan.

* Pastikan anak-anak menjalani kehidupan aktif terutama dari segi fizikalnya. Atur jadual senaman mahupun sebarang aktiviti yang lasak seperti berbasikal, berenang dan berjoging. Ini secara tidak langsung dapat menguatkan jantung dan mengawal berat badab mereka.

Bukan mudah mengatur kehidupan anak-anak sekarang yang lebih banyak terdedah dengan pengaruh luar. Pengaruh iklan contohnya... dan selalunya kita sebagai ibubapa tidak sanggup menghampakan keinginan mereka dan tanpa disedari mengabai kesihatan mereka dalam memenuhi keinginan itu. Kesihatan anak-anak terletak di tangan kita.