TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, July 31, 2010

Aktiviti hari Sabtu - Berkenal-kenalan dengan Bahasa Istana.

Tahukah kamu apa itu Bahasa Istana? 
Bahasa Istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab
Sedikit sebanyak, kita perlu mengetahui bahasa Istana.
Raja ialah lambang Ketuanan Bangsa Melayu.

Istana Negara
sumber gambar: members.virtualtourist.com 

Mengenali beberapa contoh Bahasa Istana yang mempunyai makna yang sama dengan rakyat biasa namun dalam ayat yang berbeza. Contoh:

Kalau rakyat makan, raja santap
Kalau rakyat tidur, raja beradu
Kalau rakyat mandi, raja bersiram
Kalau rakyat sakit, raja gering
Kalau rakyat berjalan, raja mencemar duli
Kalau rakyat bersuara, raja bertitah
Kalau rakyat duduk di kerusi, raja duduk di singgahsana
Kalau rakyat dikuburkan, raja dimakamkan
Kalau rakyat mati, raja mangkat
Kalau rakyat mati dipanggil allahyarham, raja mangkat menjadi almarhun
Kalau rakyat bagi hadiah, raja bagi anugerah
Kalau hujan rakyat pakai payung, raja pakai iram-iram
Kalau rakyat baling kasut, raja baling kaus
Kalau raktat sambut hari lahir, raja sambut hari keputeraan
Kalau rakyat bertolak, raja berangkat
Kalau rakyat suka, raja berkenan
Kalau rakyat sakit kepala, raja gering hulu
Kalau rakyat buang air kecil, raja buang air seni

BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA