Agak terkejut juga bila saya mendapat info ni. Dah puas saya google... malangnya tak semua jawapan google sediakan. Saya dimaklumkan oleh bidan yang mengurut saya tempohari. Kawal gula dalam darah dengan baik kerana gula yang berlebihan boleh menyebabkan uri anak menjadi hancur.
tak sanggup letak gambar berwarna..
gambar: google
Bidan tersebut bercerita dari pengalamannya. Maklumlah ... dah namanya bidan... tentu ada uri yang dicucikannya. Apa rasionalnya... tidaklah diketahui tapi kalau ikutkan dari segi lumrah... benda yang mengandungi lebihan gula sepatutnya kekal lama. Mungkin uri mempunyai tindakbalas yang negatif dengan gula.
Masih belum mendapatkan kepastian dari yang pakar. Insyaallah... jika berkesempatan dan jika tidak lupa.. pasti saya cari jawapannya.
Pernahkah kamu mendengar info yang sebegini?