TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, December 17, 2010

Kita shopping kat Jaya Jusco - Sila baca dalam nada riak dan berlagak

Melihat telatah bebudak.. kadangkala melucukan. Dalam lucu tak lucu.. jangan lupa tentang didikan.

Seperti ayat yang menjadi tajuk entri ini. Ayat yang dituturkan oleh anak jiran yang bakal berumur 8 tahun. Sekali dengar... macam tiada apa-apa. Tapi... kamu perasan sesuatu?

Alahhh.. bebudak.. apa yang dia tahu? Yang dia tak tahu tulah yang perlu kita beritahu. Kenapa anak ini megah sangat agaknya dia shopping kat Jaya Jusco tu? Apa yang telah terdidik dalam dirinya? Adakah dia diajar yang shopping kat Jaya Jusco tu lebih class dari shopping kat tempat lain?

Mentaliti yang ditanam sejak kecil selalu terpahat kukuh dalam diri anak tersebut. Memang semulajadi bagi seorang kanak-kanak untuk bersikap menang diri. Dia lebih... dia bagus. Namun... jangan dilupa sebagai ibubapa terutamanya dan sebagai insan sekeliling yang berada berhampirannya mengingatkannya untuk bersyukur dan tidak lupa bahawa tidak semua insan sebayanya bernasib baik sepertinya.

soksek: Masih teringat betapa terliurnya diri untuk sekotak susu yang diminum oleh rakan sebaya. Seteguk pun tidak dipelawa walaupun dia ada sedozen dalam kereta dan ibubapanya hanya memandang sahaja. Sedih~