Gigi pertama adik dah berlubang. Biji cili pun boleh nyorok dalam tu. Bawa adik ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Doktor swasta mengesyorkan gigi adik ditampal kerana masih belum masanya gigi adik rosak. Kalau dicabut... nanti gigi baru lambat tumbuh dan bakal mencacatkan pertumbuhan gigi adik. Akur...
Tak sampai setahun... tampalan gigi adik dah tercabut!
?????
Apa cerita?
Orang lain tampal gigi sampai besar pun masih kekal tapi tampalan gigi adik dah tercabut dalam tempoh tak sampai setahun...
Bukan setakat tampalan gigi tercabut. Gusi adik telah membengkak dan bernanah. Lihat pada bulatan yang saya bulatkan dalam gambar tuuu...
Salahkan doktor swasta?
Memula saya hendak berfikiran positif sahaja. Dah nak tercabut.. nak buat macamana kan? Tapi... bila saya bawa ke klinik gigi kerajaan... doktor tu memaklumkan khabar yang tidak ingin didengar.
Cara penampalan gigi adik tidak kemas. Akibatnya... gigi yang sedia berlubang sebelum ditampal telah makan dalam. Bakteria telah merebak dan jangkitan kuman telah berlaku. Kerana itu tampalan tersebut telah cabut dan gusi adik telah membengkak.
Jalan penyelesaiannya?
Gigi adik perlu dicabut kerana bengkak tersebut telah bernanah. Dikhuatiri akan merebak ke bahagian gigi yang lain jika tidak tercabut. Adik perlu terima hakikat untuk tidak bergigi dalam tempoh masa mungkin setahun.
Bayangkan nak cabut gigi yang belum masanya untuk luruh. Perlu dibiuskan terlebih dahulu. Bila terpandang jer jarum bius yang memang besar gila bagi adik.. terus dia melolong-lolong di klinik tuuu.
Pujuk adik sampai klinik nak tutup.. hasilnya... HAMPA.
Minggu depan cuba pujuk lagi...
Memang kesal dengan doktor swasta tersebut. Udahlah dia kata dia tampal dua gigi adik tapi bila doktor kerajaan check... katanya satu sahaja. Kita bayar... kenapa buat kerja sambil lewa? Kalau ikkutkan hati... nak jer suruh dia bertanggungjawab dan saya tak mahu bayar apa-apa pun kos untuk itu.