TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, January 29, 2011

Tanggungjawab - Didik anak anda tentang 5 perkara

Dalam rangka untuk membesarkan anak-anak anda untuk menjadi orang dewasa yang bertanggung jawab, anda perlu mengajar mereka tentang tanggung jawab. Anak-anak harus dididik untuk bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Lima perkara yang dapat membantu anak anda membesar sebagai manusia yang betanggung jawab.

Melakukan kerja rumah tangga
Memberi kepercayaan kepada anak-anak anda untuk melakukan kerja rumah tangga adalah cara yang bagus untuk mengajar mereka tanggung jawab. Secara tidak langsung, mereka juga akan belajar pengurusan asas bagi masa depan mereka. Didikan seperti ini turut mengajar anak untuk bergantung pada diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu. 

Buat senarai tugas untuk anak-anak anda. Ini bermakna tetapkan jadual mereka secara bertulis dan bukannya secara lisan (leteran). Dengan ini, anak tidak akan keliru tentang apa yang dijelaskan (anak kecil tidak dapat menangkap arahan dengan jelas jika ianya bercampur aduk dengan pelbagai perkara).  

Berikut ialah contoh kerja rumah tangga yang boleh anak anda lakukan mengikut kesesuaian usianya. 

5 hingga 10 tahun  
- Menyusun semula barang permainan selepas selesai bermain. 
- Menyusun pinggan mangkuk atas meja sebelum waktu makan. 
- Menyusun buku/ suratkhabar yang bertaburan

10 hingga 13 tahun  
- Kemas katil 
- Mencuci pinggan mangkuk (sekali sekali) 
- Membersihkan tempat najis kucing 

Atas 13 tahun
- memotong rumput 
- mencuci pakaian  
- memasak.

Perlu diingat, anda tidak perlu mengarah anak anda melakukan kerja-kerja tersebut setiap hari. Mereka hanya perlu dididik untuk lebih bertanggungjawab dan bukannya menjadi pembantu anda.

Pengukuhan Positif 
Puji anak-anak jika mereka dapat melakukan tanggungjawab dengan baik. Manusia memang sukakan pujian. Anda juga boleh memberi ganjaran untuk sikap bertanggungjawab anak anda. Tambahkan wang saku mereka atau beri mereka lebih masa bersantai. Namun, setiap pemberian haruslah dipantau oleh anda. Sebagai contoh, galakkan anak anda menabung lebihan wang saku yang diberi. anda juga perlu menjelaskan kelebihan yang bakal mereka perolehi jika mereka menabung.

Akademik 
Tetapkan masa belajar anak anda dan pastikan mereka mematuhinya. Seboleh-bolehnya, luangkan masa bersama memantau kerja sekolah anak anda. Berikan pengukuhan positif jika anak siapkan tugasannya dengan baik. Hukuman adalah perlu jika anak anda gagal mematuhi apa yang ditetapkan.

Kerja sukarela 
Mengalakkan anak anda melakukan kerja sukarela boleh memupuk sikap tanggung jawab dalam diri anak. Mengajar mereka untuk melihat ada yang tidak bernasib baik di luar sana menjadikan mereka manusia yang sentiasa menghargai dan bersederhana dalam setiap perkara yang dilakukan. Senaraikan kerja-kerja amal yang boleh mereka lakukan dan biar mereka sendiri memilih kerja amal mana yang menjadi pilihan (tidak perlu buat semua).

Menabung 
Galakkan anak anda menabung seawal usianya. Didik anak untuk bertanggungjawab pada wang simpanannya. Ada anak yang suka meletakkan duit syiling merata-rata. Didik mereka menyimpan lebihan wang di dalam tabung dan bukannya dengan menempatkannya merata-rata. Belilah barang yang mereka hajati dengan wang hasil tabungan supaya mereka tahu kelebihan menabung (jika patut). 
Dalam permulaan memang ada cabaran. Bila menjadi amalan semuanya mudah dilaksanakan.