Bila ada orang baru ni bukan boleh mengadap lama-lama di dapur. Kena-kena pula saya ni jenis tak reti nak buat kerja laju-laju. Bila nak masak... cari resepi yang mudah-mudah jer. Janji sesuai dengan tekak anak-anak. Tekak sendiri belakang kira.
AYAM BAKAR MUDAH
Memang mudah menyediakan ayam bakar mudah. Jom semak bahan-bahannya.
Bahan-bahannya:
Ayam setengah ekor- dipotong sederhana kecil
Kicap manis
Kicap cair
Sos cili
Sos tomato
Bahan yang ditumbuk:
Bawang besar - Sebiji
Bawang putih - 3 ulas
Halia - seinci
Cara membuatnya:
Masukkan ayam dalam bekas. Gaulkan semua bahan dan bahan yang ditumbuk pada ayam. Perap seketika. Panaskan ketuhar. Bakar ayam pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.