TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, January 29, 2011

Tips keharmonian rumahtangga - Bukan 'madu tiga' tetapi 3 perkara

Saya tertarik untuk berkongsi pengetahuan yang saya perolehi ketika menonton Al-Kuliyyah di TV3 petang tadi. Tips mengekalkan keharmonian dalam rumahtangga. Perkara mudah yang patut menjadi amalan dan pegangan. Hanya 3. Bukan 'madu tiga' tetapi 3 perkara.

Suami 

1. Menjadi pendengar - Jadilah pendengar yang baik terhadap luahan si isteri. Tidak perlu pandangan atau kritikan. Orang perempuan meluahkan perasaannya dengan bersuara. Samaada ianya cerita santai, cerita biasa, gossip, isu semasa, emosi... suami hanya perlu mendengar.

soksek2: Bukan susah nak jadi pendengar kan tapi selalunya orang lelaki suka bersikap endah tak endah tentang apa yang isteri luahkan. Dan memang sikap orang lelaki pula.. bila diutarakan sesuatu isu.. mulalah dia memberikan pendapat atau kritikan sedangkan apa yang isteri harapkan cumalah mendengar.

2. Bergurau senda - Sentiasalah bergurau senda dengan isteri. Kalau di tempat kerja atau di alam maya boleh bergurau senda dengan orang lain... sepatutnya... dengan isteri sendiri lebih lagi.

soksek2: Ada orang.. dengan orang lain kemain lagi bergurau sendanya. Kena dengan pasangan sendiri... kaku seperti batu. Tiada senda, tiada gurauan. Kalau  isteri memulakan.. mulalah dikatakan buang tabiat. Bukan susah nak bergurau senda. Kalau masa mula berkahwin dulu boleh main tutup mata suruh teka siapa (padahal tinggal berdua jer), apa salahnya terus main permainan tersebut sampai ke tua?

3. Pujian - Pujilah isteri anda. Jika isteri anda melakukan perkara yang layak menerima pujian... jangan kedekut untuk memuji. Pujian yang paling berharga adalah ketika isteri melahirkan zuriat anda.

soksek2: Nak puji punyalah susah tapi kalau nak mengeji laju jer. Sampai hal kecil lupa letak garam pun kena maki. Buat isteri pula, kena faham orang lelaki ni memang sukar nak memuji. Selalunya... pujian mereka dilahirkan melalui perbuatan. Sebagai contoh, suami mungkin tidak memuji yang masakan anda sedap tapi bila waktu makan begitu selera sekali suami menikmati. Jangan kerana tidak pernah mendapat pujian melalui kata-kata menjadikan isteri berasa tidak dihargai.

Isteri
1. Bau - Sentiasa memberikan bau yang menyenangkan kepada suami. Samaada diri sendiri atau tempat tinggal.

soksek2: Kalau keluar rumah mesti pakai haruman, apa salahnya turut memakai haruman ketika berada di rumah. Suami juga perlu faham. Kalau lihat isteri keringat penuh di dahi dengan anak berkelek di tepi, janganlah merungut bau tengik disisi. Ringan-ringankanlah tangan membantu isteri supaya isteri berseri-seri.

2. Pandangan - Sentiasa berhias untuk suami. Jangan biarkan suami tercemar pandangannya.

soksek2: Kalau nak isteri yang solid molid dan mantop jangan hanya membebel sahaja. Sekali-sekali hantarlah isteri ke SPA. Hasilnya untuk diri sendiri juga. Kalau ada yang tidak memuaskan hati sama-samalah cari ikhtiar memperbaiki. Belikan jamu untuk isteri dan pastikan isteri mengikut aturan yang diberi. Kebanyakan suami hanya membebel tentang lemak yang ada tapi bila minta ongkosnya... berkira pula.

3. Bicara - Jagalah bahasa dan tuturkata. Gunakan bahasa yang enak didengar dan lemah lembut nadanya. Jangan mencabar suami.

Pandangan: Walaupun orang perempuan memang suka membebel tapi membebel pun perlu ada caranya. Kebanyakan kes suami naik tangan adalah kerana tak tahan dengan mulut laser isteri. Sememangnya ego orang lelaki tinggi dan jangan sesekali mencurah 'minyak ke dalam api'.

Rumahtangga yang bahagia dan berkekalan memang idaman setiap pasangan. Sentiasalah bertolak ansur supaya yang terbina tetap utuh selamanya.