Malicious?
Kalau delicious tahulah. Malicious memang tak seperti delicious. Tak tahu bagaimana nak gambarkan rasanya milicious. Tak boleh langsung diwakili dengan rasa pahit, payau atau kelat. Rasanya memang teruk!
Tah apa ke bendanya binatang malicious niii..
Bila google takda yang sememeh langsung mukanya..
Laptop diserang virus baru-baru ni menjadikan saya panik macam 'orang hilang anak'. Mahunya tidak? Tak dapat update blog tuuu. 'Mati kutu' dibuatnya (kan elok kalau mati kutunya). Sedap-sedap online tetiba jer semuanya hilang dan muncul satu program antivirus yang kononnya mengesan virus-virus yang ada dalam komputer. Semua virus muncul. Dari jenama pencuci sampailah cacing kerawit. Bila dah habis scan disuruhnya hapuskan virus. Rupa-rupanya helah untuk suruh beli program antivirus dia. Mahal GILA pula tuuu. Makan ratus-ratus harganya. Main paksa-paksa pulaks!
Bila nak buka program antivirus yang ada semua tak boleh. Nak online pun tak boleh. Nak remove/uninstall program antivirus yang tiba-tiba sesat tu pun tak boleh. Tak tahu mana program tu nyorok. Tak jumpa. Siasat punya siasat... rupa-rupanya dia bersembunyi dengan nama window defender.
Dengan tak sengaja muncul idea batu geliga. Semuanya kerana sehari dah tak update blog. Saya on computer dalam safe mode with networking, update program antivirus yang ada dan scan laptop ni. Akirnya, dapatlah laptop ni kembali beroperasi seperti biasa.
Saya tak tahu langkah yang saya lakukan ini betul atau salah.. selamat atau tidak? Yang pasti, malicious dah lenyap. Sejak online.. ini pertama kali saya melalui pengalaman seperti ini. Betulkah tindakan saya lakukan atau ada langkah susulan yang perlu saya lakukan?
Ada siapa yang pakar tentang perkara sebegini?
Ada siapa yang pakar tentang perkara sebegini?