Rancangan Makanan Tambahan dan kesombongan?
Hanya mereka yang terpilih sahaja yang layak menerima Rancangan Makanan Tambahan. Terpilih dalam ertikata mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.
Kemiskinan. Satu perkara yang tidak dapat dispesifikasikan dengan khusus. Ada perbandingan yang ketara di antara bandar, pinggir bandar dan luar bandar
Rancangan Makanan Tambahan atau lebih dikenali sebagai RMT adalah satu program kerajaan yang bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya.
Tidak semua murid yang layak menerima RMT benar-benar inginkan RMT.
Perkara yang menyumbangkan masalah 'pening kepala' kepada guru-guru bertugas.
Kenapa perkara ini berlaku?
Makanan RMT tidak menepati piawai selera murid?
Mengikut kajian, rata-rata murid yang layak menerima RMT tapi menolaknya dibekalkan dengan wang saku secara peribadi.
Namun, adakah perkara tersebut boleh dijadikan alasan untuk murid tersebut menolak rezeki yang diberi?
Dah jenuh mulut cikgu menasihati dan membebel tapi masih tak diendahkan. Wang saku juga dihabiskan. RMT dibiarkan.
Adakah ibubapa mereka tidak mendidik anak-anak mereka untuk bersyukur? Tidakkah mereka cuba memperuntukkan wang saku yang diberi untuk keperluan lain?
Kadang-kadang.. yuran sekolah pun tak bayar-bayar tapi RMT taknak ambil, dan wang saku pula beringgit-ringgit. Bila dibantu?
soksek2: Cikgu pun kadang-kadang hanya makan makanan RMT (peruntukan untuk guru bertugas)