Terasa???
Bila ianya bernama hati maka wujudlah sensitiviti
Walau cuba memujuk kadangkala ia memeruk
Muncul fikiran dirasuk oleh makhluk yang bertanduk
Bila ia dalam erti kata nilai maka di manakah tempatnya ia?
Ingatan yang diharapkan adakah hanya manis dimulut sahaja?
Hubungan bersandarkan kerjaya mana sillaraturahim yang terbina?
Maka wujudlah keluhan yang penuh tanda tanya
Yang berlalu tidak akan mengundur walau setapak
Namun harapan masih terletak
Tidak mahu kerana tanpa diri hampa
Lalu luluh bercampur hiba