TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 1, 2011

Lagu apa ni yer?

Lama tak layan jiwang. Sekali sekali perlu layan juga. Tetiba teringat lagu ni. Senikata ingat tapi tajuk tak tahu. Nyanyian Saleem bersama kumpulan Iklim. Senikatanya puitis gitu. Ada sesiapa tahu tajuk lagu ni?

Tujuh benua dicantumkan semua
Luas lagi erti cinta
Tujuh lautan boleh kurenang
Di kolam cinta lemas jua

Menjunjung langit bumi tak terpijak
Bila sedar hati retak
Berpisah jangan disebut-sebut
Sesaat lena kau kejutkan

Aku rela hanyut di lautan kasih dari hidup hati pedih
Dunia fana tiada ku peduli asal dapat ku kembali

Kembali pada asalnya cinta sejati
Tiada alam seindah alam cintamu
Tiada rasa senikmatnya dakapanmu
Tiada ihsan dapat ku berikan

Walau seisi dunia
Memandang aku hina
Aku rela kerana dia
Dialah segalanya