TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 1, 2011

Buat hal

Bertuah punya anak! Hidup-hidup ditipunya kita. Siap buat muka kering pula tu. Kalau tak kerana ada pemberi maklumat yang tak berlesen bercerita... sampai sudah pun tak tahu.

Along kata sekolahnya mula cuti Tahun Baru Cina semalam (Isnin). Mati-matilah saya percaya sebab adiknya (TADIKA KEMAS) dah mula cuti (ada surat). Saya pun silap juga bila langsung tak minta surat pengesahan dari Along. Percaya bulat-bulat jer. Kena-kena pagi semalam jiran depan rumah panggil Along nak ajak ke sekolah (Along tumpang kereta jiran). Habis pecah tembelang!

Sejak bertukar sekolah baru ni Along tak berapa nak ke sekolah. Ada jer alasan taknak pergi sekolah. Bangun pagi pun liat jer. Kena pukul pun sanggup asalkan tak pergi sekolah. Saya tak tahu apa yang tak kena dan kenapa Along buat hal.

Opahnya pun dah risau dan menasihatkan saya untuk tukarkan semula sekolahnya tahun depan atau selepas saya memulakan tugas semula. Risau pelajarannya merosot nanti. Pening kepala dibuatnya. Ingatkan nak ajar dia berdikari. Tak perlu duduk bawah ketiak ibu tapi nampak gayanya?

Saya mengingatkan Along untuk memastikan pelajarannya tidak merosot. Kalau merosot.. dia tak boleh sekolah sama dengan ibu. Kalau ALong buat hal taknak ke sekolah pun ibu akan biar dia bersekolah di sekolah baru.

Masa tahun satu dulu Along memang jarang sekali buat hal di sekolah. Walaupun kat rumah mulutnya bising tapi kat kelas dia tahu jaga disiplin. Saya rasa Along terlampau takutkan guru kelasnya. Masakan tidak.. kuku tangannya dipotong sampai ke isi sebab takut cikgu rotan. Pantang panjang jer mesti dia cari pemotong kuku sampai saya kena sorokkan. Bila tak siapkan kerja BM pun dia taknak ke sekolah (guru kelasnya ajar BM). Bukan dia taknak buat tapi latihannya adalah melukis pelan kelas dan tulis nama murid yang ada mengikut kedudukannya. Along tak kenal semua kawan-kawannya lagi jadi mulalah dia buat perangai.

Selalu tengok anak orang jer taknak pergi sekolah.. terjerit-jerit depan pagar sekolah. Sekarang.. anak sendiri pula buat hal. Janganlah ada anak murid saya yang taknak ke sekolah kerana takutkan saya. Guru perlu tegas... bukannya garang. Ada murid yang baik tak suka gurunya mengamuk dalam kelas walaupun yang kena marah tu bukan dia. Saya pernah lalui.. murid lain yang kena marah, murid lain yang nangis. Sememangnya bukan mudah jadi cikgu.