Orang kata tak wajar kalau kita membuat perbandingan perkembangan intelek anak-anak kita. Setiap anak mempunyai kemampuannya yang tersendiri. Kalau ada yang pandai jangan bandingkan dengan yang kurang. Lebih ke kurang ke... anak sendiri juga.
Saya bukan nak buat perbandingan antara Along dan Angah. Saya cuma risaukan perkembangan pembesaran Angah. Walau saya tahu sikap mereka berbeza (Along tekun belajar) tapi saya risau jika ada sesuatu yang tak kena. Kerisauan adalah naluri semulajadi seorang ibu.
Angah
Angah dah enam tahun tapi masih nampak tak berapa matang seperti budak umur enam tahun. Angah tak boleh beri tumpuan ketika sedang mengulangkaji... paling lama... 15 minit. Angah tak tahu kenapa kita berkata tidak dan akan mengulangi kesalahan yang sama. Walaupun orang kata biar anak belajar melalui pengalaman tapi bukan Angah. Walaupun tangannya dah berapa kali luka kena pisau.. Angah tetap bermain pisau.
Pegang pensel pun masih tak betul walaupun Angah dah mula bersekolah pada umur 5 tahun. Membaca belum lepas lagi dan ada huruf atau nombor yang Angah tulis terbalik. Angah ni aktif tapi belum sampai peringkat hyperaktif. Satu perkara yang akan membuat Angah tekun mengadap ialah bermain permainan seperti menyusun lego atau blok.
Saya pernah terasa hati bila Angah di katakan seorang anak autisme oleh seorang penjual buku. Bila dikaji.. alhamdulillah.. Angah tidak mempunyai ciri-ciri anak autisme. Ciri-ciri anak hyperaktif pun tidak walaupun Angah adalah ketua kenakalan di sekolah. Nakalnya Angah sampai Angah pernah dikurung oleh penjaga TASKA. Tapi... bagi saya.. saya masih boleh mengawal sikap Angah.
Perlukah saya membawa Angah menjalani pemeriksaan doktor. Bila bersembang dengan jiran.. katanya.. masih terlalu awal. Beri masa dan lihat sebab memang ada anak yang lambat mencapai piawai seperti kanak-kanak lain. Untuk pengetahuan.. Angah tinggal dengan pengasuh selepas habis pantang hingga kini.
Pandangan anda pula bagaimana?