TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, December 4, 2010

Ngangkung - Mahu bersalin dibuatnya

Baru jer kata hari tu ibu mengandung tak boleh masuk. Hari ni bolehlah pula. Mentang-mentanglah tiket hari Sabtu mahal dari hari biasa... tetiba jer dibenarkan untuk menonton. Asalnya nak nonton cerita Rapunzel bersama anak-anak. Sekali... tiket full daaaa. Pastu saja le gatal tanya boleh tengok Ngangkung tak? Ehhh.. boleh pulak...

bila bagitau kita tengok cerita hantu... dah berubah muka budak berdua ni... yang adik tu.. buat-buat cover perut yang dah kecut...

Mahu bersalin dibuatnya bila nonton cerita ni. Bukan sebab terlampau seram atau banyak adegan yang mengejut (sedikit pun tak terkejut sebab saya dah menyiapkan diri supaya tak terkejut). Sebabnya... dok ketawa sampai menitis airmata. Sian baby dalam perut bila ibunya over excited. Along dan adik pun enjoy tengok cerita Ngangkung ni. Kalau nak diikutkan... budak berdua ni bukan jenis tekun bila tengok sesuatu cerita melainkan cerita tersebut benar-benar menarik perhatian mereka.

 Dan lagi saya ngusik Along supaya jangan jadi budak bulat.. nanti kena buli dek hantu Ngangkung macam dalam cerita tu.. icon lol Mak Muda 

Namun.. satu perkara yang pasti adalah melihat wajah keriangan anak-anak. Memang itulah tujuan bersantai.. walaupun tanpa abahnya disisi...