TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, December 5, 2010

Apa kes tayang kuku ni?

Kes orang takda kerja cari kerja le. Boring punya pasal... kuku kakiku menjadi mangsa. Habis saya kerjakan sampai berkilat. Ala-ala buat rawatan pedicure dan manicure lah tuu.

hasil yang tak berapa memberangsangkan.. maklumlah.. mana nak terbongkok-bongkok lama-lama dengan perut yang sarat.

Senang jer nak buat rawatan kuku kaki dan tangan ni. Antara rajin dengan tidak jer. Kalau malas sangat tapi nak dapatkan kuku yang cantik... sediakan jer ongkosnya dan berkunjunglah ke mana-mana SPA yang ada menawarkan perkhidmatan pedicure dan manicure ni.

gambar : google

Sebelum mengerjakan kuku.. seeloknya-eloknya rendamkanlah kaki tu dalam air suam kira-kira dalam 5 minit. Kat rumah ni... takdalah dapat bunga macam dalam gambar tuuu. Paling kurang pun.. campur air suam tadi dengan sedikit garam ataupun sabun khas untuk kaki bagi menghilangkan kuman atau bau yang melekat pada kaki.

gambar: google
Bila dah rendam.. lapkan kaki hingga kering terlebih dahulu. Lepas tu.. boleh le mulakan aktiviti mengerjakan kuku tu menggunakan peralatan khas. Macam saya punya.. saya beli di Watson. Ada 4 bahagian dan ikut sahaja langkah-langkah yang ditetapkan.

 gambar: google

Kalau nak guna cara tradisional pun ada. Yang paling berkesan ialah penggunaan belimbing buluh. Yang ni... tak payah guna peralatan khas tu pun takpa. Tenyeh jer kat kuku tu sampai berkilat. Hasilnya... memang menakjubkan dan berbaloi-baloi.

gambar : google

Selain menggunakan belimbing buluh... buah limau kasturi dan bawang putih juga boleh membantu, Potong je buah limau kepada dua bahagian dan gosoklah pada kuku sampai berkilat. Selain kuku bersinar-sinar.. ianya juga menjadikan kuku lebih kuat dan tidak mudah rosak. Begitu juga dengan bawang putih tetapi tidak berapa memberangsangkan kerana bawang putih meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.

Akhir sekali.. sapulah losen untu melembutkan kawasan sekitar kuku. Kuku yang bersih penting dalam kehidupan apa lagi buat mereka yang bergelar ibu. Air tangan ibu... jangan biarkan ianya bersama dengan kuku yang tidak sihat.