Ada orang kata tiadalah beza sangat pun tapi bagi saya ada perbezaannya. Perbezaan yang wujud di wad ibu bersalin yer... kalau wad yang biasa tu kurang pasti le pula.
Bercerita berdasarkan pengalaman. masa bersalin anak sulung dulu.. tiada apa pun pengetahuan tentang persediaan yang harus dibuat. Masuk wad tanpa membawa Guarantee Letter (GL) menyebabkan saya telah di tempatkan di wad 2. Dah beri GL pun masih di tempatkan di wad 2 dengan alasan apa pun saya sendiri dah lupa.
Hasilnya, bab layanan dan makanan tiada masalah cuma bab penjagaan anak. Lepas bersalin saya masih tidak bersama anak saya kerana Along mengalami kandungan gula yang tinggi. Along di bawa ke wad kanak-kanak. Dalam tempoh lima hari tidak bersama Along... bila Along dipulangkan kepada saya.. saya lihat Along seperti tidak dimandikan langsung. Masakan tidak... darah bersalin masih melekat di rambut Along. Kering dan melekat sana-sini. Jenuhlah opahnya membersihkan kepala Along apabila saya dan Along dibenarkan pulang ke rumah.
Berlainan pula bila saya melahirkan adik. Kali ni saya ditempatkan di wad 1. Melalui proses bersalin secara pembedahan dan saya diberikan ubat tidur untuk berehat seharian. Anak dijaga oleh jururawat yang bertugas. Tiga hari di wad, pagi petang jururawat datang ambil anak untuk dimandikan. Pendek kata penjagaan anak kali ini lebih baik.
Mula-mula saya ingatkan mungkin pada zaman Along prosedur penjagaannya berbeza tapi bila melihat layanan yang diterima oleh adik perempuan saya bila melahirkan anak saudara saya tahun ni telah menemukan saya dengan jawapannya. Adik saya yang ditempatkan di wad 2 turut mengalami pengalaman yang sama dengan saya di mana jururawat memang tidak memandikan anak. Mujur ibu dan anak tak dipisahkan jadi bolehlah adik saya membersihkan tubuh badan anaknya. Selain tu... adik saya juga tidak diberi ubat tidur pun walaupun bersalin secara pembedahan. Tidak seperti saya di wad satu.
Ada orang kata apa kisah wad 1 atau wad 2.. janji semuanya selamat. Bagi saya... bukan senang bagi seorang ibu menyabung nyawa untuk melahirkan anaknya jadi apalah dikira jika mampu. Sekali sekali memberikan yang terbaik pada isteri tercinta. Yang tak mampu tu lain cerita...
Bagaimana pula dengan kamu? Pernah melalui perbezaan layanan antara wad 1 dan wad 2?