Pernah tak kamu berjumpa dengan seorang cikgu tapi tidak mahu mengaku dirinya cikgu. Katanya... gelaran cikgu hanya di sekolah... di luar pagar.. dia bukan cikgu.
Apa pendapat kamu?
Adakah dia malu dengan gelaran cikgu yang disandang?
Adakah dia mahu mahu bebas dari memikul gelaran tersebut?
Atau mungkin juga dia tak mahu rasa bersalah jika melakukan perkara yang mengatasi gelarannya sebagai cikgu?
Ramai juga blogger di kalangan cikgu yang tidak meletakkan status cikgu di depannya. Mengapa?
Kalau berbicara tentang hak.. memang 'No Komen"lah jawapannya.
Soksek2: Kadangkala tak mengaku cikgu tapi orang tahu juga. Letih berlakon tapi tak menjadi...