Kalau mengajar sesuatu bahasa pada anak-anak... biarlah kena gayanya. Nak mewakili sesuatu... apalagi berkaitan dengan perkara yang sensitif.. biar betul landasannya. Jangan ikut suka... boleh haru biru jadinya.
Apalagi dalam memperkenalkan bahasa untuk mewakili tuttt. Sebaik-baiknya gunalah bahasa saintifik. Janganlah pula mewakili tuttt tersebut dengan sesuatu yang serupa dalam alam ni. Burung, siput, adik kecil dan macam-macam perumpaan yang diberi. Selain mengelirukan... ianya juga memberi satu pemahaman yang salah pada diri anak-anak.
memang musykil...
gambar: google
Ada ke... tuttt tu dinamakan belacan? Nak dijadikan cerita... si Opah yang sedang memasak di dapur ni menjerit bertanyakan di mana belacannya (nak buat sambal). Si cucu yang lurus bendul ni dengan selamba mengangkat kainnya dan memaklumkan... "Ini belacan...". Mahu tak pengsan jadinya...
Perkara-perkara yang melibatkan bahagian tubuh badan anak memang merupakan satu perkara yang menarik perhatian malah dalam pembelajarannya... anak-anak mengenali bahagian tubuh badannya terlebih dahulu. Pemikirannya seperti span yang begitu cepat menyerap setiap apa yang dipelajari dan diperkenalkan. Oleh itu... berhati-hatilah...