TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, December 2, 2010

Anak Hitam vs Anak Putih - Bukan anak sendiri ke.. ke nak anak hitam putih berbelang-belang?

Macam-macamlah perangai manusia ni. Anak hitam atau anak putih pun nak dibezakan. Ehhh.. bukan buat cerita tau. Ini kenyataan dan diakui sendiri oleh empunya badan. Anak yang putih mempunyai nilai yang tinggi berbanding yang tak berapa nak putih. Pendek kata... anak yang putih ni serba serbinya baguslah. Dari segi kecantikan, akhlak dan juga pelajaran. Yang hitam tu bukan dari gen dia suami isteri juga ke?

Mana datangnya yang tak berapa putih melainkan diwarisi juga. Kalaulah anak tu nak cari salah... kang disalahkan ibubapanya... haru. Yelah... dia tak berapa putih kerana gen yang ada. Bukan dia minta. Dah ketentuan. Kenapa nak dibeza-bezakan?

 gambar: dragoninsummer.deviantart.com

Nasib baik le dalam cerita dulu-dulu tu "Bawang Putih dan Bawang Merah". Itu pun sebab takda "Bawang Hitam". Kalau tidak mahu juga jadi cerita "Bawang Putih dan Bawang Hitam". Tapi.. itu kisah antara ibu tiri dan anak tiri. Ini yang anak sendiri?

Kenapa perlu membezakan anak yang putih dan anak yang hitam yer? Malah... ada yang sanggup kata anak yang hitam ni bawa sial. Astaghfirullahalazim~

Pernah lihat situasi begini? Saya pernah menghadapinya. Bukan sahaja di kalangan rakan-rakan tapi dari kalangan ibu bapa yang sering membeza-bezakan anak-anaknya. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang membanding bezakan anak baik dari segi warna kulit atau apa sahaja. Bagaimana kita mencorakkan... begitulah jadinya...