Kalau diikutkan statistik.. agak tinggi juga golongan pendidik yang mengidap penyakit mental. Bukan mudah jadi cikgu. Memang memerlukan ketabahan yang cukup kuat. Semuanya perlu terpelihara.Melaksanakan tanggungjawab seikhlasnya pun sering disalah tafsir... apa lagi jika tersalah langkah. Tuntutan kerjaya mengatasi tuntutan kekeluargaan hingga kadangkala orang sekeliling sering lupa yang cikgu juga adalah manusia biasa.
Saya pernah melihat golongan guru yang berhadapan dengan masalah mental. Rakan yang pertama... seorang guru lelaki. Kalau dilihat dari segi luaran... bagai tiada masalah yang melanda. Rumah besar, kereta besar dan mempunyai tiga orang anak lelaki yang begitu baik tingkahlakunya. Tak tahu dimana masalahnya... sering kali keluar masuk ke Hospital Bahagia. Hidup bergantung kepada ubat yang diberi. Jika terlewat... penyakit menyerang kembali. Kalau dilihat dari tuntutan kerja... agak biasa-biasa sahaja. Tidak pula dibebankan dengan tugas yang melampau. Tapi... siapalah kita untuk menilai.. mungkin ringan pada kita tapi tidak pada dia.
gambar: google
Kes yang kedua pula dikatakan tidak sefahaman dengan orang atasan. Kadangkala bertindak seperti orang yang sedang berjihad sambil melaungkan perkataan 'Allahhuakbar' berulang-ulang kali. Mujur dia tak pernah mengapa-ngapakan murid yang berada dalam kelas. Penyakit melarat-larat hingga di luar waktu tugas bila dengan selambanya memberikan khutbah jumaat. Apa isunya? Tak lain tak bukan adalah menceritakan ketidakpuasan hatinya dan masalahnya dengan pihak atasan tersebut. Mujur juga pihak yang bertanggungjawab cepat bertindak mengatasi masalah guru ini. Dengar cerita... sekarang.. beliau merupakan di antara guru yang paling berdedikasi di sekolah barunya.
Tekanan mental memang merupakan masalah utama bagi seorang guru. Namun begitu.. dalam banyak kejadian yang saya lihat.. guru-guru yang sebegini selalunya menghadapi lebih tekanan bila orang sekeliling mengambil sikap tidak mahu memahami. Alasan-alasan seperti setiap manusia mempunyai masalahnya, orang lain boleh hadapi kenapa kamu tidak atau kenapa perlu merasa terbeban sangat sering kedengaran. Susah bila sesuatu perkara itu melibatkan mental. Bukan semua manusia dapat mengatasinya dengan mudah atau mencari jalan penyelesaiannya dengan sendiri.
Seperti isu Cikgu Shida.. tetiba sahaja ramai yang bersimpati sedangkan pada peringkat awalnya kenapa tidak berusaha pun untuk mengetahui apa yang terjadi..