Bukan tabiat pelik dalam keadaan biasa tapi tabiat pelik yang datang sewaktu berbadan dua. Tabiat pelik ini tentunya menyerang kaum-kaum ibu tapi tak mustahil jika suami turut merasai.
Tiga orang anak.. tiga tabiat pelik. Anak yang pertama, saya sukakan bau sabun dettol. Sedap sungguh baunya sampai nak hidu setiap masa. Siap sapu pada span banyak-banyak.. lepas tu cium bawa tidur. Tak terkata nikmatnya.
Anak yang kedua pula saya sukakan bau penghawa dingin kereta. Masuk kereta jer.. saya akan letak hidung depan penghawa dingin, pasang dan hidu. Fuhh.. lega rasanya. Agaknya.. sebab itulah anak kedua ni cukup suka dengan aircond kereta. Asyik berebut tempat nak duduk depan gara-gara nakkan aircond.
Mengandung kali ni saya suka gosok gigi. Suka sangat dengan bau ubat gigi. Sekejap jer ubat gigi kat rumah ni dah habis. Selagi boleh saya ubuh. Punyalah putih melepak gigi ni sampai bersinar-sinar tak terkata sampai mengandung kali ni.. takdalah pula doktor suruh rujuk doktor gigi kerana masalah kalsium yang diambil oleh kandungan.
bukan gigiku : google
Siapa ada tabiat pelik waktu mengandung atau melihat tabiat pelik ibu-ibu yang mengandung? Jom kongsi-kongsikan cerita anda di sini...