TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, February 7, 2011

Jaga bahasa

Kata alim ulama.. ucapan seorang ibu adalah doa. Kerana itu.. mereka yang bergelar ibu dinasihatkan untuk menutur perkataan yang baik-baik bila berbicara dengan anaknya. Tak kira ketika senang hatinya atau sakitnya hati (marah).. gunakanlah sebaik-baik bahasa. Bukan mudah menggunakan bahasa yang indah ketika marah. Walau kadangkala bahasa dijaga.. selalunya terbabas juga.

Bagaimana pula dengan anak? Berkata 'Ish' sekalipun telah jatuh derhaka.. apalagi sepatah ditanya seribu dijawabnya. Anak sekarang.. kononnya berdiri di atas kebebasan bersuara. Bila pendidikan dipengaruhi ideologi barat. Ditolak mentah-mentah kuno namanya. Menjadi cara hidup... tak betul cara.

Saya melihat cara hidup anak sekarang yang boleh dikategorikan sebagai melebih bila diberi kebebasan untuk menyuarakan suara hati. Anak-anak jadi lupa dengan siapa mereka berbicara. Lupa dengan hukum hakam dan balasan yang ditetapkan dengan alasan apa yang mereka bicara adalah kenyataan.

Sedarlah wahai yang bernama anak. Sejauhmana kamu rasa kamu berada di pihak yang benar.. tiada hak untuk kamu melukakan hati ibumu. Apa lagi dengan menutur perkataan yang tidak sepatutnya.

"Ibu ni.. tak fahamlah.."

"Apa yang ibu tahu?"

"Ishhh.. orang tua niii.."

"Ibu ni menyusahkan hidup orang jer.."

 google

Peluklah dirinya (ibu) dan hulurkan tangan (mohon kemaafan) andai ada sengketa antara kamu dan dia. Mengalah bukan bererti kalah. Kalau selama ini.. ibulah yang paling banyak mengalah dalam proses membesarkan anak-anaknya.. kali ini biarlah ibu merasa kemenangan itu. 

Hati ibu.. tidak selamanya sekeras batu.