Saya mengenalinya hanya melalui cerita. Belum pernah melihatnya secara berdepan tapi bab dengar bunyi.. memang ada.
Dek kerana bunyinya begitulah maka burung tersebut digelar burung kwang kwit. Mendengar burung ni berbunyi pun sudah cukup menyeramkan. Bukan kerana petanda yang diberi tapi memang automatik bulu roma akan tegak mendadak.
Betulkah burung ini mempunyai misterinya yang tersendiri?
Kata orang.. jika burung ni berbunyi ada sebabnya.
- Ada orang yang akan meninggal
- Ada harimau lalu (burung ni suka bertenggek kat badan harimau)
- Ada hannntuuu
Nak percaya ke?
Mungkin kebetulan? Banyak betul kebetulan dalam hidup kan..
Mungkin juga betul sebab orang lama sering belajar dari pemerhatian..
Lama dah tak dengar burung ni berbunyi. Dulu pun dengar sebab kampung di Felda. Ada juga dengar masa tinggal kat sekolah asrama. Agaknya.. sebab kemajuan (pembangunan), burung ni semakin pupus.
Atau mungkin juga dia merajuk.. rajuk hatinya siapa tahu?
soksek: Teringin nak tengok rupanya..