TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 8, 2011

Tuntut hak - Asyik cari gaduh?

Cikgu ni suka cari gaduh erk?

Mana ada gaduh-gaduh.. tapi bila melibatkan hak.. boleh bikin geraMMM..

Bila bercerita tentang hak.. memang selalunya sukar mendapatkan apa yang kita BERHAK. Meletakkan sesuatu hak bukan pada tempatnya dikatakan zalim. Bila tak mendapat hak yang sepatutnya bermakna dizalimi.

Saya menuntut hak saya sebagai pengguna bila saya tidak puashati terhadap perkhidmatan yang diberikan. RM20 yang perlu dibayar untuk perkhidmatan cuci rambut dan gunting rambut yang tidak sampai 30 minit amat-amatlah tidak wajar.

Bolehkah alasan pelanggan ramai diterima untuk kerja yang sambil lewa?

"Memang harganya begitu". Ya... saya tahu harganya memang begitu tapi untuk perkhidmatan dalam tempoh satu jam.

"Kenapa tak tanya dulu?". Saya bukan bising tentang harga tapi saya bising tentang perkhidmatan.

"Cerita kat bos je lah..". Bukan bos yang tawarkan perkhidmatan tapi kamu. Kamu yang buat kerja sambil lewa.

Apa yang saya tuntut? Saya hanya mahu perkhidmatan setanding harga. Kalau tak mahu pulang sejumlah wang... sila beri saya perkhidmatan yang selayaknya saya terima.

Diam. Masuk bilik. Kunci pintu.

Mana ada gaduh-gaduh. Saya cakap baik-baik dan dia pun tak 'melaser' apa-apa pun. Okey.. kalau dia rasa dia boleh kaya dengan RM20 tuuu.. terpulang.