TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, February 7, 2011

Kulit muka mengelupas - Puncanya dan cara atasi

Kulit mengelupas bukanlah satu perkara yang menyenangkan. Apatah lagi jika ianya memberikan pandangan yang buruk pada wajah.

 Teruk niii...

Asalnya kulit saya ni jenis berminyak tapi tak tahulah kenapa ianya mengelupas sejak akhir-akhir ni. Setelah digoogle.. beberapa kemungkinan yang saya temui yang menyebabkan kulit muka mengelupas.

Punca-puncanya:
- Salin kulit
- Tersalah pakai produk kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit
- Campur pakai bermacam-macam produk2 kulit
- Kulit tidak tahan cuaca panas atau cuaca sejuk
- Ada kaitan dengan masalah resdung
- Keadaan kulit yang sensitif seperti berminyak, kering dll
- Diet makanan yang tidak sesuai atau kurang vitamin.
- Jangkitan penyakit
- Masalah keturunan 
- Kemungkinan berpeluh secara berlebihan
- Kekurangan vitamin A, zat besi, iodine serta vitamin 

Kemungkinan punca masalah saya keadaan kulit yang sensitif seperti berminyak dan bercampur juga dengan punca-punca yang lain. Memang tak selesa kalau kulit muka mengelupas. Kena-kena bila time pakai bedak. Bertompok-tompok jadinya.

Berikut adalah cara untuk mengatasi masalah kulit muka mengelupas: 
- Buangkan hujung kulit yang mengelupas tapi jangan sampai terluka kulit akibat potongan hujung kulit itu
- Gunakan pelembab kulit 
- Minum air biasa anggaran 10-12 gelas sehari 
- Gunakan pelembab muka 
- Makan makanan yang membekalkan vitamin A, zat besi, iodine serta vitamin B  
- Makan buah-buahan
- Dapatkan rawatan doktor pakar- Buat rawatan muka di SPA  

Ada sesiapa yang mengalami masalah seperti saya?
Bagaimana anda mengatasinya?
Sudi-sudilah berkongsi di sini.

klik SINI untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kulit muka mengelupas