Kepada yang bertanya nama herba ni... maafkan saya kerana saya memang tak tahu namanya. Dah tanya mak dan abah dan mereka pun tak tahu. Yang pasti.. abah hanya sebut herba untuk pembedahan bila abah belinya di kedai ubat.
Rupa-rupanya fungsi herba ni tak sama setiap masa walaupun ramuan herbanya nampak serupa. Minggu pertama tauke kedai ubat akan syorkan herba untuk memulihkan luka dalaman, minggu kedua untuk pulihkan tenaga dan begitulah fungsinya berbeza pada minggu-minggu seterusnya (kena tanya tauke untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci).
Herba ni dimasak bersama ikan haruan. Kalau nak tahu macamana rupanya selepas dimasak.. bolehlah klik SINI