Memiliki anak yang mendengar kata adalah impian setiap ibubapa. Cabaran mendidik.. kalau dah namanya cabaran.. pastinya wujud pelbagai perkara yang kadangkala memeningkan kepala kita sebagai ibubapa. Selalunya.. kita tidak berkira tentang wang ringgit jika ianya untuk pendidikan anak-anak tetapi kita selalu terlepas pandang mengamalkan amalan-amalan yang boleh membawa keberkatan dalam hidup kita.
Saya selalu melihat ibubapa yang memeluk dan mencium anaknya depan pagar sekolah. Kadang-kadang masa yang diambil begitu lama sedangkan sessi persekolahan sudah bermula. Sebaik-baiknya.. pelukan dan ciuman itu dilakukan di rumah diikuti dengan amalan yang dapat membantu kita dalam mendidik anak-anak untuk mendengar kata.
Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa
1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah… hingga habis.4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
Sama-samalah kita menjadikkannya sebagai amalan. Mudah-mudahan kita dapat mewujudkan generasi yang berakhlak mulia pada masa akan datang.