TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, January 23, 2011

Kes pecah masuk sekolah agama - Kewibawaan guru diperkotak katikkan

Selalu terbaca keluhan ibubapa yang tidak puashati apabila pihak sekolah cuba menyembunyikan sesuatu bila sesuatu kes berlaku. Walau adakalanya kebenaran masih belum ternyata, pihak sekolah juga yang tetap menjadi suspek utama.

Berlainan benar jika suspek utamanya adalah murid itu sendiri. Pelbagai pujuk dan rayuan yang dilakukan oleh pihak ibubapa supaya sebarang tindakan tidak dikenakan ke atas anak mereka. Dimanakah keadilan?

 gambar: google

Meletakkan guru dalam dilema atas nama 'masa depan murid tersebut' adalah satu tindakan yang ibarat 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'.

Guru dikatakan menghancurkan masa depan seseorang murid jika membuat laporan polis! Siapa yang tak sayang siapa sebenarnya? Guru yang tidak sayangkan anak muridnya atau ibubapa yang tidak sayangkan anaknya?

Kes: Pecah Masuk dan merosakkan harta benda sekolah agama. 
Lingkungan umur murid : 8 hingga 9 tahun. 
Tujuan pecah masuk: Saja jer suka-suka

Pihak ibubapa berjanji akan membayar gantirugi jika laporan ke atas anaknya tidak dibuat namun janji tinggal janji. Malah, pihak ibubapa mula  mencabar guru untuk membuat laporan polis serta tidak mahu membayar satu sen pun. Pihak berkuasa juga turut meletakkan guru dalam keadaan serba salah dengan alasan suspek utama masih muda dan adalah kejam jika guru mengambil tindakan susulan.

Bukankah meluntur buluh itu biar dari rebungnya?

Fahamlah.. bagaimana acuan.. begitulah kuihnya~