Menggunakan perkataan tak pandai supaya membacanya lebih manis. Bila pendidikan anak kini melebihi apa yang kita pelajari suatu ketika dulu dan anak lebih tahu dari apa yang kita tahu maka dapatlah kita pangkat tidak pandai itu..
Ada tak ibubapa yang nak mengaku yang dirinya tak pandai pada anaknya?
Selalu juga anak murid saya mengadu yang ibubapa tak tahu nak ajar dia buat kerja sekolah. Tu sebab dia tak dapat siapkan latihan.
Helah bela diri. Lihat anak-anak sekarang.. namanya nak ngaku kekurangan diri tidak. Yang salah ibubapa yang tak tahu nak ajar..
Saya selalu ingatkan anak murid saya.. jangan harapkan ibubapa untuk bantu kita belajar 100 peratus. Yang mereka belajar dahulu.. tak sama dengan apa yang kamu belajar hari ini. Kalau hari ini kamu bising ibubapa tak tahu nak ajar kamu buat kerja sekolah.. anak kamu juga akan melakukan perkara yang sama.
Yang mendapat pendidikan di sekolah itu kamu.. bukan ibubapa kamu. Buku teks ada, buku latihan ada, penerangan guru ada, contoh ada, rujukan lain ada, alternatif lain ada... kenapa kamu sendiri yang tidak usaha? Harap bawa kerja sekolah bawa balik rumah dan suruh mak dan ayah ajarkan. Kamu? Ibubapa tugas utamanya untuk memantau.. kalau dapat membantu.. alhamdulillah.
Ibubapa pula seboleh-bolehnya jangan kata tak tahu pada anak. Guna ayat positif. Suruh anak usaha. Tak tahu bukan penutup segala pertanyaan malah dikhuatiri bakal mewujudkan rasa kurang hormat seorang anak pada orang tuanya.
Sepanjang saya mengajar.. saya selalu ingatkan anak murid saya supaya tidak segan meminta bantuan saya di luar waktu pembelajaran dan pengajaran jika ada apa yang tidak difahami. Malangnya... saya tak pernah jumpa murid yang datang bertanya pada waktu lapangnya. Rata-rata menghabiskan masa lapang mereka untuk bersantai dari mencari jawapan kepada kemusykilan yang ada dalam diri mereka.
Sudahnya.. nakkan jawapan sahaja. Disuap-disuap sehingga penuh...