Bawa Al-Quran ke sekolah?
Serba salah saya jadinya. Bukan masalah "bolehkah pegang Al-Quran tanpa wudhu'" yang menjadi persoalan. Yang paling penting.. adab memelihara kemuliaan Al-Quran tersebut.
Ustaz Sekolah Agama Along suruh bawa Al-Quran ke sekolah. Walaupun Along baru Iqra' 4 tapi ustaz kata Along dah lancar.. bolehlah mula baca Al-Quran. Takpalah.. di sekolah Along boleh teruskan bacaan Iqra' kat kelas tasmiknya.
Tak yakin untuk saya letakkan kepercayaan pada Along. Anak itu.. memang selalu ikut sesuka hatinya nak letak beg merata-rata. Berulang-ulang kali saya ingatkan agar Along dapat memelihara Al-Quran tersebut sebaik mungkin. Saya cuba meminta kebenaran daripada ustaz supaya Al-Quran tersebut ditempatkan di sekolah sahaja tapi nampak gayanya.. Along bawa balik Al-Quran tersebut.
Apa langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini yer? Nak bawa Tafsir Al-Quran.. tebal sangat tak muat beg dan tulisannya kecil-kecil. Patutkah saya sendiri datang berbincang dengan ustaz?
Ada cadangan yang lain?