Cikgu cikgu satu Malaysia tengah riuh sekarang ni. Hanya cikgu cikgi jer yang tahu. Masakan tidak.. bila ramai cikgu cikgi yang dapat tawaran belajar di bawah program Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ dan segalanya masih menjadi tanda tanya.. memang tak senang duduk jadinya.
Suspen jer bila segala kemusykilan masih tiada jawapannya. Ada yang tinggal jauh dari Universiti yang ditawarkan. Program apa yang ditawarkan masih belum diketahui. Ada yang dah terima sms tapi masih tak terima surat tawaran dari mana-mana pusat pengajian. Memang mendebarkan sungguh!
Apa-apa pun.. ikut segala arahan yang dikemaskini setiap masa dan tunggu keputusannya pada tarikh yang telah diberi. Semoga perjalanan kita dipermudahkan... Insyaallah~