Kesian tengok jiran saya yang menjerit-jerit memalam tadi mencari anak terunanya yang dah pecah suara tapi masih tak matang-matang. Kesian sebab anaknya tak reti-reti nak kesiankan ibunya yang bakal dimarahi oleh ayahnya jika anaknya masih tak pulang dalam jam sekian-sekian. Bila anak tak tahu patuhi peraturan.. balik-balik mak juga yang dipersalahkan. Tak pandai didik anaklah. Tak reti jaga anaklah. Pendek kata.. kalau yang buruk tu salah si isterilahhh. Cuba kalau anak tu berjaya... anak siapa? ANAK BAPAK!
Tanggungjawab mendidik anak.. bukan terletak di bahu isteri sahaja. Ayahlah yang sebenarnya perlu memainkan peranan yang lebih. Dah jadi lumrah... anak-anak lebih takutkan ayah dari takutkan mak walaupun hakikat sebenar... anak-anak harus dididik untuk menghormati... bukan untuk mengeruni. Udahlah pengurusan rumah isteri yang laksana.. semuanya dipertanggungjawab atas alasan surirumah sepenuh masa.
Ehhh... kalau robot yang buat pun dah lama jahanam tau. Inikan manusia yang punya hati dan perasaan.
gambar: google
soksek2; Terserempak dengan anaknya dok melilau di kampung sebelah. Pergi beraya kotttt...