TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 5, 2010

Percayakan anak

Along 'mengofferkan' diri untuk membasuh pinggan mangkuk yang sekian lama menimbun. Ibunya? Bukan malas tapi saja jer saya biarkan sebab pinggan mangkuk tersebut adalah hasil penggunaan anak-anak ni. Biasalah... anak-anak.. selagi ada pinggan/ cawan di rak.. tahu guna tapi tak tahu basuh. Bila dah habis dan nak guna lagi... tahulah dia nak hidup.

Memang susah nak meletakkan kepercayaan bila Along nak cuci pinggan mangkuk tersebut tapi saya mengajar diri untuk tidak mengharapkan hasil yang terbaik dari Along. Janganlah mengharapkan pinggan mangkuk tersebut bersih berkilat seperti kita yang membasuhnya. Setakat berminyak sedikit dan masih melekat kotoran sikit sana sini.. itu bukan isunya. Yang penting Along bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan tugas saya sebagai ibu adalah untuk memantau Along supaya hasilnya seperti apa yang dikehendaki.

Janganlah marahkan anak yang tidak berjaya melakukan tugasannya dengan baik. Apalagi dalam proses pembesarannya. Silap gaya jatuh kepercayaan dalam dirinya dan akibatnya anak tidak lagi mahu melakukan tugas yang diberi.

Ada ibubapa yang mengambil kira umur anak. Setakat umur 7 tahun sebaya Along tu... dikira sebagai mendera. Budak tu kecil lagi kata orang. Bagi saya... kematangan tidak bergantung kepada umur. Kalau dia ingin melakukan... apa salahnya saya memberi kepercayaan.

soksek2: Ada sesiapa nak buat Along sebagai menantu? icon lol Along Nak Telur Unta Ke?