TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, November 6, 2010

Mencari identiti blogger yang hilang - Mana perginya?

Walau belum hilang sepenuhnya tapi semakin terkapai-kapai. Jangan biarkan diriku kelemasan di dunia maya yang tanpa batasan. Mujur mereka hadir menghulur tangan supaya diri kembali mengenali diri...
  

1. Seorang wanita (tulen bangggg...)

2. Seorang ibu (walau kadangkala seperti singa)

3. Seorang guru serba boleh (mana idaknya.. ajar sains, matematik, seni, muzik.. bla..bla..bla...)

4. Seorang isteri walaupun belum boleh digelar isteri solehah

5. Suka berkaraoke tapi tak pernah ke pusat karaoke

6. Suka mengemas tapi tak suka memasak (agaknya itu sebab saya dikurniakan seorang suami yang suka memasak)

7. Minat muzik rock tapi bukannya yang terlampau keras

8. Mempunyai suara yang serak-serak basah seperti Ella (sejak jadi ibu)

9. Pernah jatuh cinta dengan warna ungu tapi tiada keserasian

10. Ambil masa untuk mesra dengan seseorang hingga sering disalah tafsir sebagai sombong

11. Jarang merenung mata seseorang ketika berbicara tapi seorang pendengar yang baik

12. Tak pandai bergaya sangat tapi sering dirujuk jika melibatkan sesuatu perkara berkaitan fesyen

13. Dah tua tapi tak dapat terima hakikat jika dipanggil makcik oleh mereka yang bezanya kurang 10 tahun

14. Tak boleh makan makanan yang pedas-pedas kerana masalah gastrik yang teruk

15. Boleh habiskan buah tembikai sebiji... seorang...

16. Boleh bawa perkara yang difikirkan ke dalam mimpi hingga kadangkala tak kenal yang mana mimpi yang mana realiti

17. Pernah kemalangan dengan bas hingga terpelanting atas divider. Kemek divider tu tapi syukur tak apa-apa

18. Berkenalan dengan cinta monyet masa umur 10 tahun
19. Tiada orang yang berani ngorat masa kat maktab dulu

20. Teringin sangat nak terjun kapal terbang dengan payung terjun

21. Kalau tidur.. mata macam orang tak tidur

22. Tidur silang kaki gaya bos

23. Minat suara Amy Search... PHEWITTT

24. Tak suka berangan... letihhh...

25. Tak pernah jawab tag panjang sebegini... fengsan~