Diam tak diam nak dekat setahun dah saya bergelar blogger. Masa mula-mula berjinak... saya fikir.. inilah dunia yang saya cari-cari selama ini. Maklumlah.. terus terang saya katakan yang saya adalah jenis manusia yang cepat bosan dengan apa yang saya lakukan (melainkan kerjaya saya). Selalunya... bila saya dah tahu tentang sesuatu tu.. cukuplah.. dan saya bosan untuk mengetahuinya lagi (sila jangan ikut peribadi ini).
Nak dekat setahun bergelar blogger... saya mula merasakan perkara yang sama. Kalau mula-mula dulu saya gila berkenalan dengan coding-coding sana sini... sekarang tidak lagi. Dah malas nak tahu... nak malas nak ubah sana sini. Kalau bercerita tentang idea... walaupun tak sampai ke tahap kekeringan tapi ada pasang surutnya. Kalau bab alexa ranking atau traffik walaupun ada peningkatan tapi dalam area yang sama. Jenuh nak pertahankan supaya tak jatuh merundum.
Kadangkala saya berfikir.. mungkin saya sudah letih tapi bila mengenangkan diri saya yang kian sarat... mungkin itu faktor sebenarnya. Saya tak mampu mengadap lama-lama depan laptop seperti dulu lagi. Saya tak mampu blogwalking sehingga pernah mendapat title 'Blogger paling Friendly" di Geng Blogger. Semuanya seperti ada batasan. Kadangkala terfikir untuk berhenti sahaja berblog tapi sayang bila memikirkan apa yang telah terbina.
Kagum dengan mereka yang kekal lama dalam dunia blog ni. Mereka memang cekal dan memang layak digelar sebagai Blogger Otai.
kalaulah ada pengunci di belakang badan
gambar: google