TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 8, 2010

Inilah masanya

Musim cuti sekolah... anak-anak dok melepak jer kat rumah. Paling-paling pun... lepak kedai opahnya. Kena-kena pula ibu yang ni terlampau rajin.. nak makan tengahari pun mengendeng kat kedai opah. Pilih jer lauk apa yang hendak. Semuanya FOC.

Nak hantar balik kampung... tiap-tiap hari balik kampung. Yang ada pun kampung opah saudara. Itu pun.. kalau nak tinggalkan anak.. salah seorang jer boleh. Kalau tak.. mahu pengsan Opah Chik kat kampung tuu.

Paling tahan pun Along ada kat kampung... 3 hari. Budak bandar.. mati kutu duduk kampung. Ada ke patut katanya kat kampung takda GIANT. Orang suruh berkubang... GIANT pula yang dia rindukan.

Saya  sedar... inilah masanya saya nak didik Along mendalami perkara wajib yang perlu ada dalam diri seseorang yang beragama Islam. Mendidik Along untuk solat dengan betul. Kalau selama ini.. Along hanya ikut sahaja ibunya solat dengan cara orang perempuan... musim cuti ni lah saya memantau Along solat dengan bacaan yang betul. Maklumlah... bila solat cara orang perempuan... kita tak bersuara dia pun tak bersuara. Kita suruh baca kuat-kuat dia diam jer. Sabar je lahhh.

Memang tak semudahnya yang disangka. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau kena mood Along tak elok... yang dia tahu pun kata tak tahu. Kalau tak paksa memang tak jalan. Pujuk-pujuk takmau dengar kena tengking juga. Karenah anak-anak...

 gambar hiasan: google

Kadang-kadang memang rasa nak nangis bila fikir semua tanggungjawab banyak terletak di bahu sendiri. Maklumlah... abahnya balik seminggu sekali. Nak taknak kitalah yang pikul tanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Melakukan yang sebaik mungkin... semoga tidak dipersoalkan di akhirat kelak...

soksek2: Selalu ingatkan pada Along... dalam maknanya Mustaqim tuuu..